Penentuan Juara Piala FA 2012 Kelantan vs Sime Darby

by in Sukan

Piala FA 2012 Penentuan Juara Piala FA 2012 Kelantan vs Sime Darby

Detik penentuan malam ini, pasukan manakah antara Kelantan dan Sime Darby yang akan bergelar Juara Piala FA 2012. Di kalangan peminat bola sepak kebanyakannya menganggap Kelantan adalah pasukan pilihan untuk muncul juara berdasarkan prestasi yang baik dalam saingan Liga Super dan juga mara ke pusingan kedua Piala AFC. Sime Darby yang bermain di Liga Perdana juga merupakan pasukan yang sedang meningkat naik kini di kedudukan ketiga carta selain beraksi cemerlang ketika mengejutkan pasukan seperti Sabah, Johor FC dan Terengganu sebelum melangkah ke final Piala FA.

Tekanan pastinya kepada pasukan Kelantan yang amat dahagakan kemenangan setelah gagal pada dua final sebelum ini selain harapan yang tinggi oleh penyokong mereka berbanding Sime Darby sebagai pasukan ‘underdog’. Tetapi itu bukanlah masalah kerana Kelantan dibarisi pemain hebat dan sangat berpengalaman beraksi di pentas final dan di peringkat antarabangsa.

Siapakah yang akan muncul Juara Piala FA 2012, sama-sama kita nantikan keputusan perlawanan malam ini Kelantan vs Sime Darby di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8:45 malam disiarkan secara langsung di Astro Arena dan TV1. Kedua-dua pasukan dalam misi untuk mencipta sejarah menjadi juara Piala FA buat kali pertama sementara Sime Darby sudah pun mencipta sejarah tersendiri sebagai pasukan pertama berstatus kelab layak beraksi di final.

Keputusan perlawanan:
KELANTAN(1) VS SIME DARBY(0)

-Kelantan Juara Piala FA 2012 jaringan penalti Mohamed Ghaddar minit ke-57.

Video highlights gol

pixel Penentuan Juara Piala FA 2012 Kelantan vs Sime Darby
 
No Comments  comments 
© Copyright 2012 | Hai-kal.com
credit