Kejohanan Badminton All England 2012 akan menjadi kejohanan ketiga BWF Super Series 2012. Pertandingan akan diadakan di Birmingham, England dari 6 Mac(Selasa) hingga 11 Mac(Ahad) dan menyediakan hadiah berjumlah USD350,000.
Tumpuan pastinya terarah kepada jaguh badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei memburu hatrik Kejuaraan All England. Untuk rekod Lee Chong Wei sebagai juara bertahan acara perseorangan lelaki telah memenangi gelaran All England pada 2010 dan 2011. Skuad negara dijangka akan berlepas pada 3 Mac depan.
Info Kejohanan:
YONEX ALL ENGLAND OPEN BADMINTON CHAMPIONSHIPS 2012
DATE: 6 – 11 MAC 2012
VENUE: NATIONAL INDOOR ARENA, BIRMINGHAM
6/3 – Pusingan Kelayakan(All Qualifying)
7/3 – Pusingan Pertama(First Round)
8/3 – Pusingan Kedua(Second Round)
9/3 – Suku Akhir(Quarter Final)
10/3 – Separuh Akhir(Semi Final)
11/3 – Perlawanan Akhir(Final)
Info lanjut mengenai Kejohanan di www.allenglandbadminton.com
Jadual penuh dan keputusan terkini Badminton All-England 2012: schedule match / latest results / live score.





[...] Lee Chong Wei berjaya melangkah ke separuh akhir acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton All England 2012 menang ke atas Doinysuis Hoyam Rumbaka 21-9, 21-11 dari Indonesia. Lawan yang menanti Lee Chong Wei [...]
[...] wakil Malaysia berjaya mara ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton All England 2012 di Birmingham iaitu dalam acara perseorangan lelaki Datuk Lee Chong Wei dan Darren Liew serta [...]